Hi ... Selamat datang ke laman web saya Big Junction Bundle !
Nama saya Zainulakmal dan berasal daripada Johor Bahru Johor. Saya telah menjadi penggemar barangan bundle sejak masih kecil lagi . Sebahagian besar pakaian saya adalah dari kedai bundle di sekitar Johor . Tempat favourite bundle saya semasa kecil adalah di Pontian dan Rengit Batu Pahat tetapi kini Johor Bahru merupakan tempat pakaian bundle terbaik di Malaysia .
Bagi saya, berbelanja pakaian di Kedai Bundle adalah seperti mencari harta karun. Kita tidak tahu bila kita akan mendapat barangan berjenama terkemuka yang terbaik dan sesuai dengan saiz kita dengan harga yang sangat berpatutan . Walaupun sekarang saya mendapat pendapatan beribu-ribu lemon setiap bulan saya masih menggunakan pakaian-pakaian bundle untuk ke tempat kerja . Selama berbelas tahun , almari pakaian saya dipenuhi dengan pakaian bundle berjenama terkemuka dengan harga yang rendah .
Dengan kelahiran laman web ini , saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan anda semua sambil saya dapat menjalankan perniagaan daripada rumah dalam masa yang saya suka . Keuntungan bagi anda pula adalah anda tidak perlu pergi ke sebarang bundle untuk memilih daripada ribuan pakaian yang ada . Saya telah memilih yang terbaik untuk anda dan memberi jaminan wang anda akan dipulangkan 100% dalam masa 14 hari jika anda tidak berpuas hati terhadap pakaian yang dibeli daripada bundle online saya tanpa sebarang soalan .
Anda tidak perlu menghabiskan duit , masa dan minyak anda untuk mencari pakaian di bundle, anda hanya perlu klik untuk menempah barangan bundle daripada kedai online saya . Semuanya hanya di hujung jari anda.
Saya juga ada menyediakan perkhidmatan membuat bisnes kad dan leaflet secara online untuk anda . Harga yang saya berikan sangat berpatutan dan penghantaran adalah PERCUMA.
Sila klik ke halaman " Bisnes Kad Murah dan Berkualiti " untuk keterangan lanjut.
Semoga anda dapat menerima saya dan seterusnya menjadi sahabat saya dan kita boleh bertukar-tukar pendapat dan boleh menjalinkan joint venture ( JV ) suatu hari nanti .